CUSTOMIZE YASIN

Kami menyediakan Yasin Custom Cover dengan pelbagai pilihan design yang elegan dan eksklusif. Terdapat lebih daripada 700+ design yang boleh dipilih mengikut tema majlis seperti tahlil, kenduri arwah, majlis kesyukuran, wakaf masjid, atau hadiah istimewa untuk orang tersayang.

Setiap naskhah Yasin kami dicetak tajwid bewarna, memudahkan pembaca membaca dengan lebih tepat dan lancar.

Best Seller – Yasin A5 Bertajwid

Antara produk paling mendapat sambutan ialah Yasin A5 bertajwid. Saiz ini sangat praktikal, mudah dibawa dan sesuai untuk majlis bacaan Yasin secara berjemaah.

Selain Surah Yasin, buku ini turut mengandungi 6 surah utama dalam satu buku.
Kandungan Dalam Yasin A5

Di dalam buku ini terdapat beberapa surah dan amalan harian yang sering dibaca oleh umat Islam, antaranya:

  • Surah Yasin
  • Surah Al-Kahfi
  • Surah Ar-Rahman
  • Surah As-Sajdah
  • Surah Al-Mulk
  • Surah Al-Waqiah

Selain itu, kami turut memasukkan beberapa panduan dan zikir penting seperti:

  • Al-Mathurat
  • Panduan Solat Jamak & Qasar
  • Panduan Solat Jenazah
  • Asmaul Husna

Gabungan ini menjadikan buku Yasin ini lengkap untuk bacaan harian dan majlis keagamaan.

Leave a comment